OBJEKTIF KUALITI PROSES TERAS UNIVERSITI MALAYA
 
Time  
 
 
MAKLUMAT QAMU
Halaman Depan
Halaman Luar
Tugas-tugas Khas Ahli Qamu
Mantan Ahli Qamu
Pengurus Kualiti PTj
Auditor Dalaman
Carta Organisasi
Alamat
DOKUMEN KUALITI UM
Status Dokumen
Tertib Proses Teras
Pemilik Proses Teras
FAQ
OBJEKTIF KUALITI
Proses Teras SPK
PTj Akademik
PTj Bukan Akademik
STATISTIK
Statistik Pelawat
Statistik Dokumen Terlaris
Statistik Pengguna
Projek Penambahbaikan Berterusan
Maklumbalas Pelanggan
Webmaster
PENDAFTARAN
Mendaftar Menjadi Ahli
CAPAIAN
Laman Web UM
UMMAIL
UMPortal
Modul Auditor Dalaman


OBJEKTIF KUALITI PROSES TERAS UNIVERSITI MALAYA
(Dikemaskini pada 20 Oktober 2008)

Universiti Malaya memastikan Prosedur Kualiti yang terlibat dalam proses pengolahsediaan mempunyai Objektif Kualiti yang boleh diukur & pelaksanaan serta pencapaiannya dipantau.
 
Setiap PTj juga diperlukan untuk mempunyai objektif kualiti masing-masing.

  1. PT01 – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  2. PT02 – PENGURUSAN PENYELIDIKAN
  3. PT03 – PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  4. PT04 – PENGURUSAN INFRASTRUKTUR & HARTA
  5. PT05 – PENGURUSAN KEWANGAN
  6. PT06 – PENGURUSAN KOMERSIALISASI
  7. PT07 – PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR
  8. PT08 – PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
  9. PT09 – PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
  10. PT10 – PENGURUSAN PERKHIDMATAN SUKAN / KEBUDAYAAN

OBJEKTIF KUALITI BAGI PROSES UTAMA UNIVERSITI MALAYA BAGI SKOP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SERTA PENYELIDIKAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:


(A) PT01 – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  1. Meningkatkan pengambilan pelajar ijazah tinggi dalam pelbagai bidang sekurang-kurangnya 10% setahun untuk PTj yang belum mencapai sasaran nisbah 1:2 antara pelajar ijazah tinggi dengan pelajar ijazah dasar.

  2. Memastikan 90% pelajar ijazah tinggi berjaya mendapat pengijazahan pada sesuatu sesi akademik melakukannyadalam tempoh maksimum yang ditetapkan.

  3. Memastikan 35% pelajar ijazah dasar mendapat PNGK 3.0 ke atas semasa pengijazahan kecuali pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Fakulti Perubatan dan pelajar Fakulti Pergigian yang tidak mengamalkan Sistem Semester.

 

(B) PT02 – PENGURUSAN PENYELIDIKAN

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada pensyarah terlibat dalam kerja penyelidikan yang mendapat bantuan kewangan dari dalam atau luar Universiti Malaya.

  2. Memastikan 60% daripada penerbitan jurnal adalah dalam jurnal yang diwasitkan dalam pangkalan data termasuk Pangkalan Data Thomson ISI Web of Science.

  3. Menerbitkan sekurang-kurangnya 1500 penerbitan setahun dalam jurnal akademik yang diiktiraf.

  4. Memastikan sekurang-kurangnya 30 permohonan pendaftaran harta intelek (paten dan cop dagangan) setahun dikemukakan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk pendaftaran.

OBJEKTIF KUALITI UNTUK PROSES YANG MENYOKONG PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SERTA PENYELIDIKAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:


(C) PT03 – PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  1. Memastikan eksesais kenaikan pangkat diselesaikan dari tarikh tutup iklan hingga kelulusan pihak berkuasa melantik dalam tempoh berikut :

    1. Tiga (3) bulan bagi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan.

    2. Tiga (3) bulan bagi jawatan Guru Bahasa dan Pensyarah Kanan.

    3. Lima (5) bulan bagi jawatan Profesor Madya dan Profesor.

  2. Memastikan proses pengambilan staf warganegara diselesaikan dari tarikh tutup iklan sehingga kelulusan pihak berkuasa melantik dalam tempoh berikut:

    1. Tiga (3) bulan bagi Pensyarah dan Guru Bahasa

    2. Lima (5) bulan bagi Profesor dan Profesor Madya

    3. Tiga (3) bulan bagi staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan.

 

(D) PT04 – PENGURUSAN INFRASTRUKTUR & HARTA

  1. Memastikan 90% permohonan atau permintaan yang diterima oleh Sistem Aduan Penyelenggaraan JPPHB diberi perhatian dan tindakan diambil dalam tempoh 2 minggu.

  2. Memastikan 80% daripada tindakan terhadap aduan di dalam Sitem Aduan Penyelenggaraan dinilai sebagai memuaskan.

  3. Memastikan 80% aduan yang didaftarkan ke Sistem Aduan ICT diselesaikan di dalam masa 6 hari bekerja.

  4. Memastikan 90% pengadu di dalam Sistem Aduan ICT menilai perkhidmatan sebagai memuaskan.

  5. Memastikan purata kebolehcapaian "Internet gateway" sistem rangkaian komputer UM bagi setiap bulan untuk tempoh 24 jam x 7 hari adalah 98%.

  6. Purata kebolehcapaian Sistem UMMail bagi setiap bulan untuk tempoh 24 jam x 7 hari adalah 98 %.

  7. Bilangan staf UM yang dilatih di bawah Kursus Pendek ICT adalah seramai 1600 orang setahun.

  8. Memastikan purata kebolehcapaian "Internet gateway" sistem rangkaian komputer Kampus Kota bagi setiap bulan untuk tempoh 24 jam x 7 hari adalah 98%.

 

(E) PT05 – PENGURUSAN KEWANGAN

  1. Memastikan 100% urusan bayaran pembekal dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

  2. Memastikan 90% urusan pinjaman kenderaan dan komputer diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

 

(F) PT06 – PENGURUSAN KOMERSIALISASI

  1. Memastikan sekurang-kurangnya 60% daripada projek kerja perundingan diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

  2. Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada pelanggan yang mengikuti program pendidikan berterusan di UMCCed memberi penilaian yang memuaskan.

  3. Memastikan 70% pembayaran dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dalam tempoh DUA minggu bermula dari tarikh menerima tuntutan yang diluluskan oleh Pengarah/Ketua Bahagian.

 

(G) PT07 – PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR

  1. Memastikan 70% pelajar baru menilai Program Minggu Haluansiswa memuaskan.

  2. Memastikan 70% surat jawapan (diluluskan atau tidak diluluskan) permohonan kegiatan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas ianya dikemukakan.

 

(H) PT08 – PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

  1. Meningkatkan bilangan judul baru yang diperolehi sebanyak 1% berdasarkan perolehan tahun sebelumnya.

  2. Memastikan 75% pelajar ijazah tinggi diberi bimbingan dan latihan dalam bidang kemahiran maklumat melalui program kemahiran maklumat yang dijadualkan.

  3. Membangunkan satu (1) initiatif digital setahun.

  4. Menambah 10% naskhah bahan dalam pelbagai format setiap tahun berdasarkan perolehan tahun sebelumnya.

  5. Meningkatkan kehadiran pelajar pasca siswazah sebanyak 5% setahun.

  6. Menjalankan satu kajian penilaian keberkesanan perkhidmatan.

 

(I) PT09 – PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

  1. Memastikan 70% responden soal selidik menilai perkhidmatan dan kemudahan kolej kediaman dalam kampus utamaadalah memuaskan.

  2. Melaksanakan sekurang-kurangnya 10 aktiviti pelajar dalam satu sesi pengajian.

 

(J) PT10 – PENGURUSAN PERKHIDMATAN SUKAN / KEBUDAYAAN

  1. Menjalankan 85% daripada kegiatan sukan, rekreasi dan kebudayaan yang dirancang oleh Pusat Sukan / Kebudayaan untuk staf dan pelajar Universiti Malaya.

  2. Memastikan 85% permohonan untuk menggunakan kemudahan sukan, rekreasi dan kebudayaan diproses dalam masa satu (1) minggu.

 

 
 
Copyright © 2005-2006, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Best view with Internet Explorer ver 5.5 above (Resolution 1024 x 768)