Papar F.A.Q
 
Time  
 
 
MAKLUMAT QAMU
Halaman Depan
Halaman Luar
Tugas-tugas Khas Ahli Qamu
Mantan Ahli Qamu
Pengurus Kualiti PTj
Auditor Dalaman
Carta Organisasi
Alamat
DOKUMEN KUALITI UM
Status Dokumen
Tertib Proses Teras
Pemilik Proses Teras
FAQ
OBJEKTIF KUALITI
Proses Teras SPK
PTj Akademik
PTj Bukan Akademik
STATISTIK
Statistik Pelawat
Statistik Dokumen Terlaris
Statistik Pengguna
Projek Penambahbaikan Berterusan
Maklumbalas Pelanggan
Webmaster
PENDAFTARAN
Mendaftar Menjadi Ahli
CAPAIAN
Laman Web UM
UMMAIL
UMPortal
Modul Auditor Dalaman


| Senarai F.A.Q |



1. Apakah Fail Kursus & Apakah Kandungan Fail Kursus?
2. Apakah Rekod Kehadiran Pelajar & Apakah Maklumat Yang Perlu Ada Di Dalamnya?
3. Bagaimana Menguruskan Borang Pro-Forma & Maklumat Semasa Kursus?
4. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj?
5. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj?
6. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj?
7. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj?



 
1 . Apakah Fail Kursus & Apakah Kandungan Fail Kursus?

Fail kursus adalah satu kaedah untuk mencerminkan pelaksanaan kurikulum sesuatu kursus yang ditawarkan serta untuk memantau urusan pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan kursus. Ia boleh digunakan sebagai asas dalam penambahbaikan berkenaan dengan kursus tersebut.

Ia mengandungi maklumat berkaitan kursus seperti:

  1. pro-forma kursus
  2. jadual terperinci pengajaran bagi kursus jenis berikut:
    • yang diajar oleh lebih dari seorang pensyarah?
    • yang memerlukan khidmat staf sokongan / pengajar sementara atau tutor (contoh : kelas amali)
  3. dokumen berkaitan penilaian mengenai kursus, contoh : keputusan penilaian kursus dan pengajaran oleh pelajar
  4. dokumen berkaitan penilaian prestasi akademik pelajar untuk kursus, contoh : salinan kertas soalan peperiksaan dan skema (dimasukkan ke fail kursus setelah peperiksaan), salinan ujian, salinan tutorial
  5. rekod penerimaan hasil kerja pelajar
  6. rekod markah pelajar untuk komponen penilaian berterusan
  7. rekod kehadiran pelajar
  8. rekod pindaan sesi pengajaran yang dijadualkan
  9. dokumen berkaitan penyelenggaraan kursus, contoh : cetakan senarai pelajar kursus dari ISIS
 Balik ke soalan

 
2 . Apakah Rekod Kehadiran Pelajar & Apakah Maklumat Yang Perlu Ada Di Dalamnya?

Rekod kehadiran pelajar merujuk rekod yang digunakan oleh pensyarah untuk:

  1. merekod kehadiran pelajar bagi setiap kelas pengajaran (bagi mencerminkan pelaksanaan pemantauan kehadiran pelajar kerana pelajar boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan jika kehadiran tidak mencukupi 80% -- sila rujuk Buku Panduan Umum Sistem Semester)
  2. perakuan pelaksanaan sesi pengajaran seperti yang dijadualkan

Ia disimpan di dalam fail kursus berkenaan sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun. Ianya perlu mengandungi butiran berikut:

  1. Kod dan tajuk kursus terlibat
  2. Semester dan sesi akademik
  3. Tarikh kelas pengajaran
  4. Masa kelas pengajaran
  5. Jenis kelas pengajaran
    • Kuliah / amali / tutorial / dan lain lain
    • Kelas biasa / kelas pindaan
  6. Lokasi kelas pengajaran
  7. Ruang bagi butiran berikut mengenai pelajar :
    • Nama
    • Nombor Matrik
    • Tandatangan
  8. Ruang untuk tandatangan pensyarah sebagai perakuan pelaksanaan kelas pengajaran
 Balik ke soalan

 
3 . Bagaimana Menguruskan Borang Pro-Forma & Maklumat Semasa Kursus?
Dua borang Urusan PT01 (Urusan Pengajaran & Pembelajaran) berikut telah dikuatkuasakan mulai Semester 2, sesi akademik 2003/2004:
  • Borang Pro-Forma Kursus (UM-PT01-PK03-BR003)
    • Mengandungi maklumat tetap
    • Sebarang pindaan kepadanya perlu diluluskan oleh Senat
    • Sebahagian daripada Dokumen Spesifikasi / kurikulum yang perlu disimpan oleh :
      1. pihak QAMU (sila hantar ke pihak QAMU jika ianya belum dilakukan)
      2. pihak PTj (di dalam Fail Pro-Forma PTj / Jabatan / Bahagian & di dalam Fail Kursus berkenaan)

     
  • Borang Maklumat Semasa Kursus (UM-PT01-PK03-BR004)
    • Mengandungi maklumat semasa pengajaran kursus pada sesuatu semester
    • Perlu diluluskan oleh peringkat jabatan / bahagian / PTj bagi semester berkenaan CTH 1 : Dibentang di mesyuarat peringkat jabatan / bahagian / PTj
      CTH 2 : Tandatangan & cop Ketua Jabatan / Bahagian / PTj diturunkan padanya sebagai pengesahan / kelulusan
    • Disimpan di jabatan / bahagian / PTj (di dalam Fail Kursus)
 Balik ke soalan

 
4 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj:
  1. Menghadiri Mesyuarat bulanan dengan Wakil Pengurusan serta sebarang taklimat / latihan yang dikenal pasti oleh Wakil Pengurusan.
     
  2. Membantu Ketua PTj dalam pelaksanaan dan pemantauan SPK UM di PTj.
     
  3. Merancang, membantu dan menasihati Ketua PTj dalam pelaksanaan sebarang ketetapan yang telah dipersetujui pada mesyuarat bulanan Pengurus Kualiti dengan Wakil Pengurusan.
     
  4. Membantu Ketua PTj dalam persediaan sebarang proses audit, pengutipan dan analisis data Objektif Kualiti PTj masing-masing.
     
  5. Melaksanakan tindakan susulan dan memantau keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan di PTj masing-masing.
     
  6. Memaklumkan kepada PTj perkembangan serta hal berkaitan dengan SPK UM dalam Mesyuarat Pengurusan PTj di PTj masing-masing.
     
  7. Memberi laporan (jika diperlukan) bagi pihak PTj mengenai pelbagai hal berkaitan dengan status SPK UM peringkat PTj kepada Wakil Pengurusan.
 Balik ke soalan

 
5 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj:
  1. Membantu Pengurus Kualiti dalam pelaksanaan SPK UM di PTj masing-masing.
     
  2. Memastikan Dokumen Kualiti (cetakan dan elektronik) adalah terkawal, dengan memastikan bahawa semakan dokumen yang terkini saja digunakan oleh PTj dan sebarang dokumen kualiti usang dihantar ke QAMU untuk pelupusan.
     
  3. Menjejak pergerakan Dokumen Kualiti.
     
  4. Melaporkan sebarang ketakakuran dalam prosedur kawalan dokumen kepada Pengurus Kualiti PTj untuk tindakan.
     
  5. Membantu Pengurus Kualiti dalam pemantauan status rekod kualiti di PTj.
     
  6. Memaklumkan kepada Wakil Pengurusan sebarang keperluan semakan pada Dokumen Kualiti.
 Balik ke soalan

 
6 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj:
  • Merancang kaedah audit
     
  • Menetapkan objektif dan skop audit
     
  • Membuat laporan kepada Ketua PTj dan disalinkan kepada QAMU.
     
  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
     
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 2 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
     
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti
     
 Balik ke soalan

 
7 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj:
  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
     
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 2 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
     
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti
     
 Balik ke soalan

 
 
Copyright © 2005-2006, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Best view with Internet Explorer ver 5.5 above (Resolution 1024 x 768)